Apakah langkah dalam laluan Pengurusan Pentadbiran?
| Langkah | Program | Kod NOSS | Pengalaman minimum | Yuran |
|---|---|---|---|---|
| 1. SKM Tahap 3 | SKM Tahap 3 Pentadbiran Pejabat | N821-001-3:2020 | 3 tahun | RM3,970 |
| 1. SKM Tahap 3 | SKM Tahap 3 Setiausaha Korporat Eksekutif | FB-025-3:2012 | 3 tahun | RM3,970 |
| 2. DKM | DKM Pengurusan Pentadbiran | FB-025-4:2012 | 5 tahun | RM5,970 |
Selepas DKM, laluan diteruskan ke Ijazah Sarjana melalui APEL.A T7 (Master).
Bolehkah terus memohon DKM Pengurusan Pentadbiran tanpa SKM Tahap 3?
Tidak. Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) menetapkan setiap calon mesti lulus tahap lebih rendah dalam bidang yang sama terlebih dahulu, walaupun sudah memiliki Ijazah, Master atau PhD. Calon tanpa sijil bermula dengan SKM Tahap 3 Pentadbiran Pejabat atau SKM Tahap 3 Setiausaha Korporat Eksekutif.
Bagaimana calon laluan Pengurusan Pentadbiran dinilai?
- SKM Tahap 3: Penilaian Portfolio atau Penilaian Amali mengikut standard NOSS bidang berkaitan.
- DKM: Penilaian Portfolio atau Penilaian Amali, serta Laporan Projek Kompetensi Calon (LPKC) yang ditulis dan dibentangkan.
Soalan lazim
Berapa tahun pengalaman kerja diperlukan untuk DKM Pengurusan Pentadbiran?
- Sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan, dan calon mesti memiliki SKM Tahap 3 dalam bidang yang sama.
Adakah SPM diperlukan untuk laluan Pengurusan Pentadbiran?
- Tidak. Kaedah PPT tidak meletakkan SPM sebagai syarat permohonan. Pengalaman kerja menjadi keutamaan dalam penilaian keterampilan.
Bolehkah yuran laluan Pengurusan Pentadbiran dibiayai HRD Corp atau KWSP?
- Ya. Program MITE didaftarkan di bawah HRD Corp Claimable Courses atau SBL-Khas, dan pekerja boleh menggunakan Pengeluaran Pendidikan KWSP, tertakluk kepada syarat masing-masing.
Bagaimana jika saya sudah memiliki SKM Tahap 3 Pengurusan Pentadbiran?
- Anda boleh terus memohon DKM Pengurusan Pentadbiran jika pengalaman kerja anda mencukupi. Gunakan semakan kelayakan untuk memastikannya.
Disediakan oleh pasukan MITE. Dikemas kini .
Ingin tahu sama ada pengalaman kerja anda layak? Semak kelayakan anda, Lihat program PPT atau hubungi kami.