Tentang Kami

Tentang MITE

Pengalaman dan kemahiran anda sangat bernilai, MITE sedia membimbing anda sehingga layak ditauliah sebagai pekerja mahir yang kompeten

Malaysian Institute of TVET Educators (MITE), beroperasi sebagai Koperasi Tenaga Pengajar Kemahiran Berhad, ialah pusat bertauliah dan pusat penilaian berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mengikut Akta 652. Sejak 2016, MITE membantu pekerja mahir berpengalaman menukar pengalaman kerja mereka kepada Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), dari pusat latihannya di Cyberjaya.

Ditubuhkan
2016
Entiti Berdaftar
Koperasi Tenaga Pengajar Kemahiran Berhad
No. Pendaftaran
202459502430
Lokasi
Cyberjaya, Selangor

Kami menilai pengalaman, bukan mengajar semula

Dengan pendekatan latihan berasaskan standard dan kompetensi yang diiktiraf, MITE bersedia membantu pekerja mahir mendapatkan pengiktirafan yang berhak dimiliki bagi kemajuan kerjaya.

  • Latihan berorientasikan industri dan berasaskan amali
  • Yuran yang berpatutan dan program yang fleksibel dengan pelbagai kaedah pembayaran (HRDC & KWSP)
  • Pensijilan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) & Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Peluang untuk sambung belajar ke tahap lebih tinggi
Sesi bimbingan PPT di pusat latihan MITE, Cyberjaya

Warna Kami, Pendirian Kami

Setiap warna dalam logo MITE mewakili satu pendirian yang kami pegang.

MERAH

Visi

Menjadi koperasi peneraju dalam pembangunan tenaga mahir negara melalui pelaksanaan program TVET yang berkualiti, diiktiraf dan relevan dengan keperluan industri semasa.

UNGU

Misi

Menyediakan program latihan kemahiran yang inovatif dan berkualiti tinggi.

OREN

TVET

Agenda utama penubuhan MITE. Pada kami, TVET adalah keperluan masa depan yang akan membawa negara kepada sumber tenaga mahir tanpa perlu bergantung kepada sumber luar.

BIRU

PPT

Membantu seramai mungkin pekerja mahir berpengalaman yang tidak memiliki kelayakan formal, sekurang-kurangnya mendapat Diploma Kemahiran Malaysia secara kaedah PPT.

Matlamat Pembangunan Mampan

SDG 4: Pendidikan Berkualiti

Matlamat Pembangunan Mampan ke-4 (SDG 4) menyeru pendidikan berkualiti yang saksama dan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. Itulah kerja kami: membuka semula pintu kelayakan kepada orang dewasa yang sudah lama bekerja, dan yang selalunya tersingkir daripada laluan akademik biasa.

Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), pengalaman kerja diiktiraf sebagai pembelajaran yang sah. Seorang pekerja tidak perlu berhenti kerja atau kembali ke bilik darjah untuk mendapat kelayakan yang diiktiraf Kerajaan. Inilah cara kami menyumbang kepada SDG 4, satu pekerja pada satu masa.

Ketahui lanjut tentang SDG 4

Pasukan MITE

Kami bukan sekadar tenaga pengajar. Kami bertindak sebagai pembimbing, penyokong dan rakan anda sepanjang perjalanan anda dalam dunia kemahiran (TVET). Tanggungjawab kami adalah memastikan anda kompeten dan terampil dalam bidang pekerjaan masing-masing.

Wan Hairul Azzuan, Pengarah Urusan / Tenaga Pengajar di MITE

Wan Hairul Azzuan

Pengarah Urusan / Tenaga Pengajar

Hairul berpengalaman dalam kerjaya sebagai seorang Penganalisa Data & Perancang Korporat di sektor hartanah, pengangkutan dan perbankan sebelum membuat keputusan untuk terlibat dalam bidang perniagaan pada tahun 2016.

Kelayakan

  • Calon PhD (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional)
  • Sarjana Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik & Ekonomi
  • DLKM Kepimpinan Korporat
  • DKM Pengajaran TVET
  • DKM Pengurusan Keusahawanan Kecil & Sederhana
  • DKM Pentadbiran Jualan & Pemasaran
  • DKM Perancangan & Pelaksanaan Pemasaran Digital
  • DKM Inovasi & Pembangunan Rekabentuk Produk
Nik Azfar, Pengarah Operasi / Pegawai Penilai di MITE

Nik Azfar

Pengarah Operasi / Pegawai Penilai

Nik merupakan individu yang terlibat secara aktif bagi segala operasi harian di MITE. Sebelum mula berkhidmat dengan MITE pada 2018 sebagai Pengarah Operasi, Nik merupakan seorang GIS Analyst di beberapa buah syarikat sekitar Lembah Klang.

Kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Remote Sensing
  • DKM Pengajaran TVET
  • DKM Pengurusan Keusahawanan Kecil & Sederhana
  • DKM Inovasi & Pembangunan Rekabentuk Produk
  • SKM 3 Urut Terapi
  • SKM 3 Urutan Sukan
  • SKM 3 Operasi Latihan Vokasional (VTO)
  • NCS Latihan Tenaga Pengajar
Marsyazalina, Pengarah Latihan / Tenaga Pengajar di MITE

Marsyazalina

Pengarah Latihan / Tenaga Pengajar

Marsya mempunyai pengalaman kerja lebih 10 tahun di dalam kesetiausahaan & pengurusan pentadbiran di beberapa buah syarikat di dalam sektor pembuatan, logistik dan automotif sebelum dilantik sebagai Pengarah Latihan di MITE pada tahun 2020.

Kelayakan

  • Calon PhD (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional)
  • Sarjana Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Pemasaran
  • DKM Pengurusan Pentadbiran
  • DKM Pentadbiran dan Jualan Pemasaran
  • DKM Pengurusan Keusahawanan Kecil & Sederhana
  • SKM 3 Operasi Outlet Peruncitan
  • SKM 3 Pentadbiran Pejabat
  • SKM 3 Pentadbiran Industri
Faezah Noor, Pengurus Pusat Bertauliah di MITE

Faezah Noor

Pengurus Pusat Bertauliah

Sebelum memulakan kerjaya sebagai Pengurus Pusat Bertauliah di MITE, Faezah mempunyai pengalaman kerja sebagai Konsultan Pendidikan di beberapa institusi pengajian tinggi swasta. Di MITE, Faezah menguruskan proses pendaftaran dan persijilan peserta.

Kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi Marin
  • DKM Pengurusan Pentabiran (Sedang)
  • SKM 3 Pentadbiran Pejabat
  • SKM 3 Setiausaha Korporat Eksekutif
  • NCS Latihan Tenaga Pengajar
Siti Zati Bayani, Pengurus Latihan / Tenaga Pengajar di MITE

Siti Zati Bayani

Pengurus Latihan / Tenaga Pengajar

Zati berpengalaman dalam penyelarasan pemasaran produk, pengurusan projek dan pembangunan kemahiran. Di MITE, Zati bertindak sebagai pereka bentuk bahan pemasaran program selain menyelaras jadual latihan serta mengurus proses penilaian peserta program PPT.

Kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi
  • DKM Pengurusan Pentadbiran (Sedang)
  • SKM 3 Setiausaha Korporat Eksekutif (Sedang)
  • SKM 3 Pentadbiran Pejabat
  • NCS Latihan Tenaga Pengajar
Mohammad Aizuddin, Pengurus Pembangunan Perniagaan di MITE

Mohammad Aizuddin

Pengurus Pembangunan Perniagaan

Aizuddin bertanggungjawab memastikan pengurusan pendaftaran peserta program berjalan lancar serta aktif mengadakan kerjasama persijilan pekerja dengan pihak majikan.

Kelayakan

  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Pengurusan Perakaunan
  • DLKM Kepimpinan Korporat (Sedang)
  • DKM Pengurusan Keusahawanan Kecil & Sederhana
  • DKM Pentadbiran Pra-Perancangan Kewangan
  • DKM Pengajaran TVET
  • SKM 3 Operasi Pemasaran Digital
  • SKM 3 Perkhidmatan Sokongan Pra-Perancangan Kewangan
  • NCS Latihan Tenaga Pengajar

Jom Tukarkan Pengalaman Kerja Anda Kepada Sijil & Diploma Yang Diiktiraf Kerajaan

Hubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Semakan kelayakan adalah percuma.

Lihat 18 program persijilan PPT

Peserta program PPT mengikuti taklimat penilaian di pusat latihan MITE
WhatsApp Kami