ANDA PEKERJA BERPENGALAMAN?

Jom Tukar Pengalaman Kerja Anda Kepada Diploma Yang Diiktiraf Kerajaan Dalam Tempoh 3 Bulan Sahaja

Pengalaman kerja anda sangat bernilai. Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), pengalaman dan kemahiran yang anda telah bina diiktiraf secara rasmi, membuka laluan kepada peluang kerjaya yang lebih luas

Contoh: seorang pekerja berpengalaman memegang Diploma Kemahiran Malaysia yang diperoleh melalui kaedah PPT
Lihat Program
  • Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  • HRD Corp Claimable
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Persijilan Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Setiap program didaftarkan di bawah HRD Corp Claimable Courses dan boleh dibiayai menggunakan Pengeluaran Pendidikan KWSP (Akaun 2)

Amira, contoh pekerja berpengalaman yang belum memiliki kelayakan diiktiraf

CUKUP PENGALAMAN KERJA TAPI…..

TIADA SIJIL KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF KERAJAAN DAN INDUSTRI UNTUK DIBUKTIKAN

Anda memiliki kemahiran dan pengalaman dalam melaksanakan pekerjaan tersebut, dan keupayaan anda turut diakui di tempat kerja. Namun, tanpa pengiktirafan rasmi, potensi dan peluang kerjaya anda mungkin menjadi terbatas.

  • Peluang kenaikan pangkat terhad
  • peluang sambung belajar terbatas
  • Kerjaya kekal di takuk sama

RASA SEPERTI PELUANG KERJAYA SEMAKIN TERTUTUP?

Anda mungkin pernah melalui situasi seperti dalam video ini….

Ketiadaan kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan industri boleh mengehadkan peluang kerjaya, walaupun anda mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang tersebut.

Jangan Risau!

Walaupun tiada kelayakan akademik, anda masih boleh dapatkan sijil yang diiktiraf kerajaan

Sektor TVET adalah laluan alternatif di mana kelayakan anda diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)

Sektor TVET

  1. Certificate (Level 1)
  2. Certificate (Level 2)
  3. Certificate (Level 3)
  4. Diploma
  5. Advanced Diploma

Sektor Akademik

  1. Graduate Certificate
  2. Graduate Diploma
  3. Bachelor's Degree
  4. Postgraduate Certificate
  5. Postgraduate Diploma
  6. Master's Degree (Coursework & Mixed Mode)
  7. Master's Degree by Research
  8. Doctoral Degree (Coursework & Mixed Mode)
  9. PhD by Research

Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Jika anda mensasarkan kerjaya di sektor awam

Persijilan Kemahiran Malaysia adalah layak bagi pelantikan dalam sektor perkhidmatan awam

Ringkasnya: sijil PPT boleh membawa anda masuk ke perkhidmatan awam, selagi bidangnya diiktiraf JPK

Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelantikan dalam perkhidmatan awam. Di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa 1 Disember 2024, pemegang SKM layak memohon skim perkhidmatan Gred 1 dan pemegang DKM layak memohon skim perkhidmatan Gred 5. Persijilan SKM & DKM yang diperoleh secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) diterima masuk ke dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan memenuhi bidang NOSS bersesuaian yang telah ditetapkan oleh Kerajaan

Panduan untuk penjawat awam menerangkan dokumen yang diperlukan daripada jabatan dan cara pembiayaan.

Pengiktirafan Kelayakan MQA
Sijil pengiktirafan kelayakan Diploma Kemahiran Malaysia daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Amira memegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) yang diperoleh melalui kaedah PPT

Untuk lebih jelas, jom kenali Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) terlebih dahulu.

Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

Ada 3 kaedah untuk dapatkan Pensijilan Kemahiran (SKM, DKM, DLKM). Sistem ini diselia di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Malaysia (Akta 652).

Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB)

Dijalankan oleh institusi yang diiktiraf dan bertauliah berdasarkan silibus yang mematuhi standard NOSS. Sesuai untuk pelajar lepasan sekolah. Tempoh masa mengikut tahap persijilan.

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Latihan berasaskan industri sebenar secara gabungan antara tempat kerja dan pusat latihan. Biasanya ditawarkan dalam bidang peruncitan.

MyPPT

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Kemahiran anda dinilai berdasarkan pengalaman kerja yang sedia ada, tanpa perlu mengikuti latihan formal semula

Inilah kaedah yang sesuai untuk anda sebagai pekerja berpengalaman

KAEDAH NI DAH LAMA WUJUD. CUMA RAMAI MASIH TAK TAHU

Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Anda Dah Lama Bekerja, Dah Mahir, Masa Pula Tak Banyak, Takkan Nak Masuk Belajar Bertahun-tahun Untuk Dapatkan Sijil Kelayakan. Jadi, Inilah Caranya. Tukar Sahaja Pengalaman Kerja Anda Yang Bernilai Tu Tanpa Perlu Habiskan Masa Yang Lama.

Contoh Senario

Contoh ilustrasi. Amira bukan graduan sebenar.

NOSS : National Occupational Skills Standard

Tempoh pengalaman kerja berbanding tahap persijilanSemakin panjang pengalaman kerja, semakin tinggi tahap persijilan yang boleh dipohon: SKM 1 satu tahun, SKM 2 dua tahun, SKM 3 tiga tahun, DKM lima tahun.SKM 1SKM 2SKM 3DKM12345PENGALAMAN KERJA (TAHUN)TAHAP
Tempoh pengalaman kerja minimum mengikut tahap persijilan
TahapPengalaman kerja minimum
SKM 11 tahun
SKM 22 tahun
SKM 33 tahun
DKM5 tahun

Syarat asas permohonan PPT

Tempoh Pengalaman Kerja vs Tahap Persijilan

Semakin lama anda bekerja, semakin tinggi tahap yang boleh dipohon. Untuk Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), anda perlu sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.

Kenapa laluan ini sesuai untuk anda

Pengalaman anda yang dinilai, bukan peperiksaan

Penilaian PPT berasaskan portfolio pengalaman kerja dan pencapaian terdahulu anda mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Diploma yang diiktiraf Kerajaan

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan terkandung dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Laluan untuk sambung belajar

DKM membuka peluang anda melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, termasuk Diploma Lanjutan (DLKM).

Untuk Majikan & Pekerja

Apa kelebihan dapatkan pengiktirafan melalui kaedah PPT?

Majikan

  • Produktiviti
  • Jimat Kos Latihan
  • Imej Syarikat
  • Keperluan Perundangan

Pekerja

  • Tempoh Singkat
  • Diiktiraf Kerajaan & Industri
  • Bukti Kredibiliti
  • Peluang Sambung Belajar

ANDA MAJIKAN YANG INGIN PERSIJILKAN PEKERJA?

Daftar Pekerja

Siapa Kami

Malaysian Institute of TVET Educators (MITE)

MITE merupakan sebuah Pusat Bertauliah (SLaPB) & Pusat Penilaian Amali (PPA-PPT) yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kesemua program yang ditawarkan boleh dibiayai melalui HRD Corp Claimable & Pengeluaran Pendidikan KWSP melalui Akaun 2

  • Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)Pusat Bertauliah
  • HRD CorpHRDC Claimable
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Pengeluaran Pendidikan KWSP
Kenali MITE Dengan Lebih Lanjut
Graduan MITE menunjukkan sijil Diploma Kemahiran Malaysia yang diperoleh melalui kaedah PPT

Peserta kami

Apa kata mereka yang sudah melaluinya

5.0 daripada 5 di Google· 373 ulasan disahkan

  • khairul ridzal
    Pengalaman saya sertai program TTT anjuran MITE Cyberjaya memang berbaloi. Kelas & tenaga pengajar: Modul tersusun, mudah faham, & banyak hands-on. Penceramah semua pakar dlm bidangnya, tak lokek share ilmu + bagi contoh real case. Yang best, diorang approachable, boleh tanya banyak soalan tanpa rasa segan. Makan minum: Catering sedap & cukup kadang ada lebih. Ada pilihan makanan, air pun sentiasa refill, sejuk, panas & kopi di hari keenam di sponsor oleh Dr Nieda. Makan malam di hari kelima disponsor oleh Dr Kak Zie. Terima kasih buat mereka berdua. Takde la lapar atau haus tengah2 kelas. Fasiliti: Ruang kelas selesa, kerusi meja proper, aircond sejuk ya amat. Wifi laju, projector jelas. Parking pun senang. Surau & tandas disediakan juga. Rakan Pelatih: Datang dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah. Banyak berkongsi pengalaman, pengetahuan, kisah manis & pahit bersama. Secara keseluruhan, program TTT MITE Cyberjaya ni sangat teratur & profesional. Ilmu dapat, pengalaman & networking pun dapat. Yang pasti akan menjadi sebahagian kenangan terindah dalam lembaran diari hidup saya. Harap ada lagi program macam ni!
    4 bulan yang lalu
  • suebellazasue1983 Suebellaza
    ⭐⭐⭐⭐⭐ Memang terbaik! Sepanjang 5 hari menghadiri training di MITE, saya sangat berpuas hati dengan segala kemudahan dan layanan yang diberikan. Tempat training sangat selesa, bersih dan kondusif untuk belajar. Layanan daripada staf MITE juga sangat mesra, profesional dan sentiasa membantu. Terima kasih kerana menyediakan makanan yang sedap sepanjang tempoh latihan. Kemudahan seperti tandas dan surau juga bersih serta selesa digunakan. Keseluruhan perjalanan training berjalan dengan lancar dan memberi pengalaman yang sangat baik. Terima kasih kepada semua warga MITE atas layanan yang cemerlang. Semoga MITE terus maju dan mengekalkan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Sangat disyorkan kepada sesiapa yang ingin mengikuti latihan di sini!
    3 bulan yang lalu
  • umairah 10
    ⭐⭐⭐⭐⭐ Kursus TTT 13-18 Julai 2026 Pengalaman yang sangat baik di MITE. Semua staf sangat mesra, membantu dan profesional dalam menguruskan peserta. Tempat latihan selesa serta mempunyai kemudahan yang baik. Makanan yang disediakan juga sedap dan memuaskan. Selain itu, kawasan parkir yang luas dan mudah diakses menjadikan urusan lebih lancar. Sangat disyorkan untuk menghadiri kursus atau latihan di sini.
    3 bulan yang lalu
  • Lutfy Hafify
    ⭐⭐⭐⭐⭐ Saya berada di Malaysian Institute of TVET Educators (MITE) selama 5 hari bagi mengikuti program Train-the-Trainer (TTT) NCS, dan pengalaman yang diperoleh amat berharga. Sepanjang program, kami menerima perkongsian ilmu yang sangat berkualiti daripada tenaga pengajar yang berpengalaman. Kemudahan dan fasiliti yang disediakan juga selesa serta menyokong proses pembelajaran dengan baik. Ucapan penghargaan khas kepada En. Azfar dan seluruh Team MITE atas komitmen, layanan mesra, serta kesungguhan dalam memastikan setiap peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang terbaik. Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan menjadi bekalan untuk kami terus menyumbang kepada pembangunan TVET negara. Terbaik MITE! Sangat disyorkan kepada sesiapa yang ingin mengikuti latihan dan pembangunan profesional dalam bidang TVET.
    3 bulan yang lalu
  • Nor Juraislina
    Terima kasih buat Dr Shukur berkongsi ilmu dengan kami ....in Sya Allah saya akan cuba buat sendiri mana yg saya ingat sepanjang menuntut ilmu .....klu DPT bersemuka mungkin lebih faham UTK buat kot ...terima kasih buat pihak MITE kerana berusaha keras dlm menjayakan kelas ini dengan baik ...
    4 bulan yang lalu

Baca semua 373 ulasan di Google

Sebelum anda tanya

Soalan yang paling kerap sampai kepada kami

Lihat Semua Soalan & Jawapan

Kami Yakin Anda Sudah Cukup Pengalaman Kerja. Cuma Sijil Kelayakan Rasmi Sahaja Belum Ada.

WhatsApp kami dan ceritakan serba sedikit tentang kerjaya dan pengalaman anda. Kami akan cadangkan program mana yang sesuai mengikut keperluan anda.

Rekod Cemerlang Kami masih kekal dengan 100% Lulus

WhatsApp Kami