SKM Tahap 3

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 3) Pentadbiran Pejabat

Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam pengendalian pelanggan, pengurusan kewangan & perolehan pejabat, pengurusan inventori dan penyediaan dokumentasi pejabat.

  • RM3,970
  • 2 HARI KELAS INTENSIF
  • HRD Corp & KWSP Akaun 2

Semakan kelayakan percuma. Tiada bayaran pada peringkat ini.

Kenapa ini penting

Hilang Kerja? Dapatkan Sijil Yang Diiktiraf Untuk Kembali Bekerja

Kehilangan pekerjaan bukan penamat. Dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) yang diiktiraf Kerajaan dan industri, pengalaman kerja anda sebelum ini boleh ditukar menjadi kelayakan rasmi dalam tempoh yang singkat.

Apa yang anda dapat

Mengapa Program Ini Sesuai Untuk Anda

Tempoh singkat

Program persijilan PPT kami dijalankan secara kelas intensif, bukan pengajian sepenuh masa bertahun-tahun.

Diiktiraf Kerajaan dan industri

SKM dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).

Boleh dibiayai

Yuran boleh dibiayai melalui HRD Corp Claimable dan Pengeluaran Pendidikan KWSP melalui Akaun 2.

Bagi anda yang diberhentikan kerja atau menerima VSS atau MSS, MITE menawarkan tiga program latihan pensijilan profesional secara online selama lima hari. Lengkapkan pra-permohonan untuk dihubungi. Kelayakan dan kelulusan akhir ditentukan oleh PERKESO.

Syarat kelayakan

Adakah Anda Layak Memohon?

Pengalaman kerja — 3 tahun

Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam pengendalian pelanggan, pengurusan kewangan & perolehan pejabat, pengurusan inventori dan penyediaan dokumentasi pejabat.

Tiada SPM? Tiada masalah

PPT menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu anda, bukan kelayakan akademik. Anda tidak perlu mengikuti latihan formal.

Butiran program

Apa Yang Dinilai Dan Bagaimana

Kompetensi teras

  • Front Office Reception
  • Office Finance Handling
  • Office Procurement Handling
  • Office Inventory Handling
  • Office Logistic Handling
  • Office Documentation Preparation
  • Staff Administration Supervision

Logistik

Tempoh
2 HARI KELAS INTENSIF
Yuran program
RM3,970
Yuran JPK
RM300
Kaedah penilaian
Penilaian Portfolio atau Amali
Kod NOSS
N821-001-3:2020
Lokasi
Dalam talian atau di Pusat Latihan MITE, Cyberjaya

Lihat spesifikasi penuh — senarai kompetensi terperinci, kaedah penilaian dan laluan pembelajaran lanjutan.

Sasaran peserta

Program Ini Untuk Anda Jika

Program persijilan (SKM-PPT) bidang kemahiran ini sesuai untuk peserta dalam bidang pekerjaan berikut:

Testimoni peserta program

Apa Kata Mereka Tentang Kualiti Program PPT Kami!

5.0 daripada 5 di Google· 373 ulasan disahkan

  • khairul ridzal
    Pengalaman saya sertai program TTT anjuran MITE Cyberjaya memang berbaloi. Kelas & tenaga pengajar: Modul tersusun, mudah faham, & banyak hands-on. Penceramah semua pakar dlm bidangnya, tak lokek share ilmu + bagi contoh real case. Yang best, diorang approachable, boleh tanya banyak soalan tanpa rasa segan. Makan minum: Catering sedap & cukup kadang ada lebih. Ada pilihan makanan, air pun sentiasa refill, sejuk, panas & kopi di hari keenam di sponsor oleh Dr Nieda. Makan malam di hari kelima disponsor oleh Dr Kak Zie. Terima kasih buat mereka berdua. Takde la lapar atau haus tengah2 kelas. Fasiliti: Ruang kelas selesa, kerusi meja proper, aircond sejuk ya amat. Wifi laju, projector jelas. Parking pun senang. Surau & tandas disediakan juga. Rakan Pelatih: Datang dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah. Banyak berkongsi pengalaman, pengetahuan, kisah manis & pahit bersama. Secara keseluruhan, program TTT MITE Cyberjaya ni sangat teratur & profesional. Ilmu dapat, pengalaman & networking pun dapat. Yang pasti akan menjadi sebahagian kenangan terindah dalam lembaran diari hidup saya. Harap ada lagi program macam ni!
    4 bulan yang lalu
  • suebellazasue1983 Suebellaza
    ⭐⭐⭐⭐⭐ Memang terbaik! Sepanjang 5 hari menghadiri training di MITE, saya sangat berpuas hati dengan segala kemudahan dan layanan yang diberikan. Tempat training sangat selesa, bersih dan kondusif untuk belajar. Layanan daripada staf MITE juga sangat mesra, profesional dan sentiasa membantu. Terima kasih kerana menyediakan makanan yang sedap sepanjang tempoh latihan. Kemudahan seperti tandas dan surau juga bersih serta selesa digunakan. Keseluruhan perjalanan training berjalan dengan lancar dan memberi pengalaman yang sangat baik. Terima kasih kepada semua warga MITE atas layanan yang cemerlang. Semoga MITE terus maju dan mengekalkan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Sangat disyorkan kepada sesiapa yang ingin mengikuti latihan di sini!
    3 bulan yang lalu
  • umairah 10
    ⭐⭐⭐⭐⭐ Kursus TTT 13-18 Julai 2026 Pengalaman yang sangat baik di MITE. Semua staf sangat mesra, membantu dan profesional dalam menguruskan peserta. Tempat latihan selesa serta mempunyai kemudahan yang baik. Makanan yang disediakan juga sedap dan memuaskan. Selain itu, kawasan parkir yang luas dan mudah diakses menjadikan urusan lebih lancar. Sangat disyorkan untuk menghadiri kursus atau latihan di sini.
    3 bulan yang lalu
  • Lutfy Hafify
    ⭐⭐⭐⭐⭐ Saya berada di Malaysian Institute of TVET Educators (MITE) selama 5 hari bagi mengikuti program Train-the-Trainer (TTT) NCS, dan pengalaman yang diperoleh amat berharga. Sepanjang program, kami menerima perkongsian ilmu yang sangat berkualiti daripada tenaga pengajar yang berpengalaman. Kemudahan dan fasiliti yang disediakan juga selesa serta menyokong proses pembelajaran dengan baik. Ucapan penghargaan khas kepada En. Azfar dan seluruh Team MITE atas komitmen, layanan mesra, serta kesungguhan dalam memastikan setiap peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang terbaik. Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan menjadi bekalan untuk kami terus menyumbang kepada pembangunan TVET negara. Terbaik MITE! Sangat disyorkan kepada sesiapa yang ingin mengikuti latihan dan pembangunan profesional dalam bidang TVET.
    3 bulan yang lalu
  • Nor Juraislina
    Terima kasih buat Dr Shukur berkongsi ilmu dengan kami ....in Sya Allah saya akan cuba buat sendiri mana yg saya ingat sepanjang menuntut ilmu .....klu DPT bersemuka mungkin lebih faham UTK buat kot ...terima kasih buat pihak MITE kerana berusaha keras dlm menjayakan kelas ini dengan baik ...
    4 bulan yang lalu

Baca semua 373 ulasan di Google

Daftar minat

Mohon Semakan Kelayakan Percuma

Jawab beberapa soalan ringkas dan kami sahkan sama ada anda memenuhi syarat program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 3) Pentadbiran Pejabat.

Semak kelayakan anda dahulu

Semakan ringkas untuk program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 3) Pentadbiran Pejabat. Jawapan anda dihantar bersama permohonan supaya pegawai kami boleh menyemak dengan tepat.

14 soalan ringkas. Tiada bayaran pada peringkat ini.

Sila hubungi kami 016-938 7308 (En. Aizuddin) untuk maklumat lanjut tentang program atau klik butang WhatsApp di bawah.

© 2026 Malaysian Institute of TVET Educators (MITE). No. Pendaftaran 202459502430. Ini bukan portal rasmi Kerajaan Malaysia.

WhatsApp Kami