Apa itu SKM (Sijil Kemahiran Malaysia)?
Definisi
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ialah sijil kemahiran Tahap 1 hingga Tahap 3 yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Akta 652.
Disediakan oleh pasukan MITE. Dikemas kini .
Berapa lama pengalaman kerja diperlukan untuk SKM?
Panduan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan:
| Tahap | Pengalaman |
|---|---|
| SKM Tahap 1 | 1 tahun |
| SKM Tahap 2 | 2 tahun |
| SKM Tahap 3 | 3 tahun |
Bagaimana jika belum cukup pengalaman untuk DKM?
Anda boleh dapatkan persijilan tahap lebih rendah terlebih dahulu dalam bidang pekerjaan anda, seperti SKM Tahap 3.
Program SKM apa yang ditawarkan MITE?
MITE menawarkan program SKM Tahap 3 melalui kaedah PPT dalam beberapa bidang pekerjaan.
Istilah berkaitan
- PPT: Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
- DKM: Diploma Kemahiran Malaysia
- SPKM: Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Ingin tahu sama ada pengalaman kerja anda layak? Lihat program PPT atau tanya soalan anda.