Apa itu PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)?
Definisi
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ialah kaedah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia yang menukar pengalaman kerja kepada Sijil atau Diploma Kemahiran tanpa mengikuti latihan formal.
Disediakan oleh pasukan MITE. Dikemas kini .
Siapa yang boleh memohon PPT?
Pekerja yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan. Kaedah PPT tidak meletakkan SPM sebagai syarat permohonan. Pengalaman kerja anda menjadi keutamaan dalam penilaian keterampilan.
Bagaimana calon PPT dinilai?
Melalui salah satu daripada dua kaedah:
- Penilaian Portfolio: dokumen bukti kompetensi yang disusun secara tersusun dan sistematik.
- Penilaian Amali: demonstrasi atau simulasi pekerjaan sebenar mengikut standard pekerjaan.
Adakah sijil melalui PPT diiktiraf?
Ya. PPT berada di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM), sebahagian daripada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf kelayakan SKM, DKM dan DLKM bagi permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
Istilah berkaitan
- SKM: Sijil Kemahiran Malaysia
- DKM: Diploma Kemahiran Malaysia
- NOSS: Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
Ingin tahu sama ada pengalaman kerja anda layak? Lihat program PPT atau tanya soalan anda.