← Semua soalan

Saya Masih Tak Jelas Tentang Program PPT Ni, Boleh Terangkan Dengan Lebih Mudah?

Dijawab oleh pasukan MITE.

Andaikan anda adalah seorang Kerani yang telah memulakan kerjaya tersebut selepas tamat SPM tanpa berpeluang masuk belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi.

Selepas 10 tahun bekerja sebagai Kerani, anda merasakan perkembangan kerjaya anda terbatas dan memerlukan Diploma untuk terus kekal relevan di dalam syarikat.

Ketika itu umur anda sudah hampir 30 tahun dan anda sudah berkeluarga.

Jika anda masuk belajar Diploma melalui laluan akademik, anda perlukan tempoh masa pembelajaran hampir 3 tahun. Itu jika  anda belajar secara sepenuh masa, separuh masa mungkin lebih lama.

Kurang sesuai kan?

Di sini lah kelebihan program PPT. Anda tidak memerlukan komitmen masa yang lama. Tidak perlu hadir ke kelas setiap hari. Hanya perlu hadir 3 -4 hari kelas persediaan PPT sahaja.

Yang anda perlukan hanyalah pengalaman kerja dan pembuktian untuk menyatakan anda seorang pekerja yang mahir dalam bidang pekerjaan anda semasa sesi penilaian keterampilan.

Perbincangan

Terbaharu di bawah

Kongsi pengalaman atau tanya lanjut. Pasukan MITE turut membalas di sini.

Log masuk untuk menyertai perbincangan.

Belum ada komen. Jadilah orang pertama berkongsi.

Soalan lain yang berkaitan

Soalan anda tiada di sini? Hantar soalan anda dan kami akan menjawabnya.

WhatsApp Kami