Dijawab oleh pasukan MITERasmi
Berapa lama proses PPT dari daftar sampai dapat sijil?
Selepas pendaftaran selesai, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memberi anda tempoh maksimum tiga hingga enam bulan untuk menyelesaikan proses Penilaian Keterampilan. MITE mensasarkan anda menyelesaikan kesemuanya dalam tempoh satu bulan sahaja, melalui sesi bimbingan yang boleh diikuti dalam talian atau bersemuka di Cyberjaya.
Apa yang berlaku dalam tempoh itu#
Anda mendaftar, mengemukakan dokumen sokongan, mengikuti sesi bimbingan persijilan, kemudian menjalani penilaian keterampilan. Peranan MITE sepanjang tempoh ini adalah membimbing anda menyusun bukti pengalaman sehingga anda benar benar bersedia untuk sesi penilaian.
Perlukah anda hadir ke Cyberjaya#
Tidak semestinya. Sesi bimbingan dalam talian dijalankan melalui Zoom dan pautannya dipaparkan dalam portal calon. Kehadiran fizikal hanya diperlukan jika penilaian keterampilan anda dijadualkan secara bersemuka, dan tarikh itu dimaklumkan lebih awal.
Perbincangan
Terbaharu di bawah
Kongsi pengalaman atau tanya lanjut. Pasukan MITE turut membalas di sini.
Log masuk untuk menyertai perbincangan.
Belum ada komen. Jadilah orang pertama berkongsi.
Soalan lain yang berkaitan
- Cara Semak Kesahihan Sijil SKM atau DKM?
- Apakah beza sijil kemahiran JPK dengan sijil kehadiran kursus?
- Apakah Siling Gaji Caruman SIP PERKESO?
- Apakah NCS Pemudahcaraan dan apa bezanya dengan Train The Trainer?
Soalan anda tiada di sini? Hantar soalan anda dan kami akan menjawabnya.