Dijawab oleh pasukan MITERasmi
Apakah yang akan dinilai semasa sesi penilaian keterampilan bagi program Diploma PPT?
Anda akan dinilai berpandukan kompetensi teras bidang pekerjaan dan program yang anda pilih.
Ada dua (2) kaedah Penilaian Keterampilan yang akan dijalankan sama ada Penilaian Portfolio atau Penilaian Amali.
Penilaian Amali: Satu kaedah penilaian keterampilan secara demonstrasi atau simulasi pekerjaan sebenar yang meliputi elemen kemahiran, pengetahuan dan sikap/keselamatan/persekitaran mengikut standard pekerjaan bidang berkaitan.
Penilaian Portfolio: Satu proses penilaian berdasarkan dokumen yang mengandungi segala jenis bukti kompetensi secara tersusun dan sistematik mengikut standard pekerjaan bidang berkaitan.
Tambahan bagi tahap Diploma (DKM/DLKM), peserta juga akan dinilai melalui penyediaan dan pembentangan Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT).
Perbincangan
Terbaharu di bawah
Kongsi pengalaman atau tanya lanjut. Pasukan MITE turut membalas di sini.
Log masuk untuk menyertai perbincangan.
Belum ada komen. Jadilah orang pertama berkongsi.
Soalan lain yang berkaitan
- Cara Semak Kesahihan Sijil SKM atau DKM?
- Apakah beza sijil kemahiran JPK dengan sijil kehadiran kursus?
- Apakah Siling Gaji Caruman SIP PERKESO?
- Apakah NCS Pemudahcaraan dan apa bezanya dengan Train The Trainer?
Soalan anda tiada di sini? Hantar soalan anda dan kami akan menjawabnya.