Apakah program DLKM yang ditawarkan MITE?
| Program | Kod NOSS | Kelas | Yuran |
|---|---|---|---|
| Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Kepimpinan Korporat | FB-001-5:2012 | 5 HARI KELAS INTENSIF | RM8,970 |
Siapa yang sesuai mengambil DLKM?
Pekerja kanan dengan sekurang-kurangnya tujuh tahun pengalaman dalam bidang berkaitan, yang telah memiliki DKM dalam bidang yang sama.
Bagaimana calon DLKM dinilai?
Melalui Penilaian Portfolio atau Penilaian Amali, serta Laporan Projek Kompetensi Calon (LPKC).
Soalan lazim
Perlukah saya memiliki DKM sebelum DLKM?
- Ya. Setiap calon mesti lulus tahap lebih rendah dalam bidang yang sama sebelum layak ke tahap seterusnya.
Adakah DLKM memerlukan LPKC?
- Ya. LPKC dinilai melalui penulisan laporan 70%, pembentangan 15% dan soal jawab 15%.
Adakah DLKM terkandung dalam MQF?
- Ya. Persijilan SPKM, termasuk DLKM, ialah sebahagian daripada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
Bolehkah DLKM dibiayai melalui KWSP Akaun 2?
- Ya. Pekerja boleh menggunakan kemudahan Pengeluaran Pendidikan melalui Akaun 2 KWSP, tertakluk kepada syarat KWSP.
Disediakan oleh pasukan MITE. Dikemas kini .
Ingin tahu sama ada pengalaman kerja anda layak? Semak kelayakan anda, Lihat program PPT atau hubungi kami.
