Baru Diberhentikan Kerja? Menerima VSS atau MSS?

Baru diberhentikan kerja atau menerima VSS atau MSS?

MITE menawarkan tiga program latihan pensijilan profesional secara online untuk pemohon Manfaat Latihan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di Malaysia yang baru kehilangan pekerjaan. Setiap program berlangsung selama lima hari, dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, dan dijalankan setiap bulan. Kelayakan dan kelulusan akhir ditentukan oleh PERKESO.

Jika anda baru kehilangan pekerjaan, anda berpeluang mengikuti program latihan kemahiran di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Gunakan peluang ini untuk memperoleh Sijil Profesional daripada Aspire Institute of People Learning and Development (AIPLD), UK, meningkatkan kemahiran, membina kompetensi baharu dan memperkukuh persediaan diri bagi merebut peluang kerjaya yang lebih baik.

Borang Pra-Permohonan Kursus

Sila isi dengan tepat butiran yang diminta untuk membolehkan pihak MITE menghubungi anda.

Peserta program latihan MITE dalam sesi kelas

Syarat permohonan

Syarat-Syarat Permohonan Manfaat Latihan SIP

Maklumat ini ialah panduan pra-permohonan MITE. Kelayakan sebenar Manfaat Latihan SIP tertakluk kepada rekod, syarat dan keputusan PERKESO.

Kriteria Permohonan

  • Pekerja sektor swasta atau pekerja domestik
  • Berumur antara 18 hingga 60 tahun
  • Diambil bekerja melalui kontrak perkhidmatan (Contract of Service)
  • Memenuhi kategori kehilangan pekerjaan yang ditetapkan
  • Dicarumkan SIP/EIS oleh bekas majikan dan memenuhi syarat caruman

Kategori Kehilangan Pekerjaan

  • Voluntary Separation Scheme (VSS)
  • Mutual Separation Scheme (MSS)
  • Penutupan operasi syarikat
  • Pengecilan operasi syarikat
  • Redundancy
  • Constructive Dismissal
  • Penstrukturan semula (Restructuring)
  • Syarikat mengalami masalah kewangan
  • Kontrak ditamatkan lebih awal tanpa persetujuan

3 program pensijilan

Program Latihan Yang Ditawarkan

Peserta Manfaat Latihan SIP boleh memilih salah satu daripada tiga program latihan pensijilan profesional berikut:

  • Program IT for Office Applications

    IT for Office Applications

    Penguasaan aplikasi pejabat profesional merangkumi automasi tugasan, analisis data, penyediaan laporan interaktif serta penggunaan Generative AI bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan kerja.

    • 5 hari
    • Online
    • 9.00 pagi hingga 5.00 petang

    Kemahiran Profesional Yang Akan Dipelajari

    • Data Analysis & Interactive Dashboard: Analisis, visualisasi data dan pembangunan dashboard interaktif.
    • Generative AI for Office Productivity: Penggunaan AI untuk dokumen, analisis maklumat dan komunikasi profesional.
    • Office Workflow Automation: Automasi proses kerja dan pelaporan menggunakan aplikasi digital.
  • Program Bookkeeping & Accounting Support Services

    Bookkeeping & Accounting Support Services

    Kemahiran pengurusan perakaunan dan kewangan merangkumi penyediaan penyata kewangan, pengurusan akaun belum bayar dan belum terima, rekonsiliasi bank serta penggunaan sistem perakaunan digital.

    • 5 hari
    • Online
    • 9.00 pagi hingga 5.00 petang

    Kemahiran Profesional Yang Akan Dipelajari

    • Full Set Accounts: Pengurusan transaksi sehingga penyediaan penyata kewangan.
    • Accounts Payable & Receivable: Pengurusan invois, pembayaran, kutipan dan baki akaun.
    • Bank Reconciliation & Financial Reporting: Penyelarasan bank, semakan akaun dan pelaporan kewangan.
    • Computerised Accounting: Penggunaan sistem perakaunan berkomputer.
  • Program Human Resource Support Services

    Human Resource Support Services

    Kemahiran praktikal dalam pengurusan sumber manusia merangkumi pengambilan pekerja, pentadbiran kakitangan, pengurusan gaji serta pematuhan undang-undang pekerjaan dan caruman statutori.

    • 5 hari
    • Online
    • 9.00 pagi hingga 5.00 petang

    Kemahiran Profesional Yang Akan Dipelajari

    • Recruitment & Selection: Pengambilan pekerja, saringan calon dan dokumentasi pelantikan.
    • HR Administration: Rekod pekerja, kontrak pekerjaan, pengurusan kehadiran dan cuti.
    • Payroll & Statutory Contributions: Pengiraan gaji, kerja lebih masa dan bayaran statutori.
    • Employment Law & HR Compliance: Akta Kerja 1955, hak pekerja, tanggungjawab majikan dan pematuhan HR.

Pensijilan Profesional

Peserta yang memenuhi keperluan penilaian bagi program yang disertai akan menerima Pensijilan Profesional daripada Aspire Institute of People Learning and Development (AIPLD), UK.

Aspire Institute of People Learning and Development (AIPLD), UK

Kursus dijalankan dengan kekerapan sebulan sekali. Tarikh kursus sebenar akan dimaklumkan selepas permohonan diterima.

Testimoni peserta program

Apa Kata Mereka Tentang Program Latihan Kami

5.0 daripada 5 di Google· 374 ulasan disahkan

  • khairul ridzal
    Pengalaman saya sertai program TTT anjuran MITE Cyberjaya memang berbaloi. Kelas & tenaga pengajar: Modul tersusun, mudah faham, & banyak hands-on. Penceramah semua pakar dlm bidangnya, tak lokek share ilmu + bagi contoh real case. Yang best, diorang approachable, boleh tanya banyak soalan tanpa rasa segan. Makan minum: Catering sedap & cukup kadang ada lebih. Ada pilihan makanan, air pun sentiasa refill, sejuk, panas & kopi di hari keenam di sponsor oleh Dr Nieda. Makan malam di hari kelima disponsor oleh Dr Kak Zie. Terima kasih buat mereka berdua. Takde la lapar atau haus tengah2 kelas. Fasiliti: Ruang kelas selesa, kerusi meja proper, aircond sejuk ya amat. Wifi laju, projector jelas. Parking pun senang. Surau & tandas disediakan juga. Rakan Pelatih: Datang dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah. Banyak berkongsi pengalaman, pengetahuan, kisah manis & pahit bersama. Secara keseluruhan, program TTT MITE Cyberjaya ni sangat teratur & profesional. Ilmu dapat, pengalaman & networking pun dapat. Yang pasti akan menjadi sebahagian kenangan terindah dalam lembaran diari hidup saya. Harap ada lagi program macam ni!
    4 bulan yang lalu
  • suebellazasue1983 Suebellaza
    ⭐⭐⭐⭐⭐ Memang terbaik! Sepanjang 5 hari menghadiri training di MITE, saya sangat berpuas hati dengan segala kemudahan dan layanan yang diberikan. Tempat training sangat selesa, bersih dan kondusif untuk belajar. Layanan daripada staf MITE juga sangat mesra, profesional dan sentiasa membantu. Terima kasih kerana menyediakan makanan yang sedap sepanjang tempoh latihan. Kemudahan seperti tandas dan surau juga bersih serta selesa digunakan. Keseluruhan perjalanan training berjalan dengan lancar dan memberi pengalaman yang sangat baik. Terima kasih kepada semua warga MITE atas layanan yang cemerlang. Semoga MITE terus maju dan mengekalkan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Sangat disyorkan kepada sesiapa yang ingin mengikuti latihan di sini!
    3 bulan yang lalu
  • umairah 10
    ⭐⭐⭐⭐⭐ Kursus TTT 13-18 Julai 2026 Pengalaman yang sangat baik di MITE. Semua staf sangat mesra, membantu dan profesional dalam menguruskan peserta. Tempat latihan selesa serta mempunyai kemudahan yang baik. Makanan yang disediakan juga sedap dan memuaskan. Selain itu, kawasan parkir yang luas dan mudah diakses menjadikan urusan lebih lancar. Sangat disyorkan untuk menghadiri kursus atau latihan di sini.
    3 bulan yang lalu
  • Lutfy Hafify
    ⭐⭐⭐⭐⭐ Saya berada di Malaysian Institute of TVET Educators (MITE) selama 5 hari bagi mengikuti program Train-the-Trainer (TTT) NCS, dan pengalaman yang diperoleh amat berharga. Sepanjang program, kami menerima perkongsian ilmu yang sangat berkualiti daripada tenaga pengajar yang berpengalaman. Kemudahan dan fasiliti yang disediakan juga selesa serta menyokong proses pembelajaran dengan baik. Ucapan penghargaan khas kepada En. Azfar dan seluruh Team MITE atas komitmen, layanan mesra, serta kesungguhan dalam memastikan setiap peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang terbaik. Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan menjadi bekalan untuk kami terus menyumbang kepada pembangunan TVET negara. Terbaik MITE! Sangat disyorkan kepada sesiapa yang ingin mengikuti latihan dan pembangunan profesional dalam bidang TVET.
    3 bulan yang lalu
  • Nor Juraislina
    Terima kasih buat Dr Shukur berkongsi ilmu dengan kami ....in Sya Allah saya akan cuba buat sendiri mana yg saya ingat sepanjang menuntut ilmu .....klu DPT bersemuka mungkin lebih faham UTK buat kot ...terima kasih buat pihak MITE kerana berusaha keras dlm menjayakan kelas ini dengan baik ...
    4 bulan yang lalu

Baca semua 374 ulasan di Google

Borang Pra-Permohonan Kursus

Sila isi dengan tepat butiran di bawah. Pihak MITE akan menghubungi anda bagi penerangan lanjut tentang program dan proses seterusnya.

Mohon Sekarang

Borang Pra-Permohonan Kursus

Penyedia Latihan Berdaftar: Malaysian Institute of TVET Educators (MITE) merupakan Penyedia Latihan Berdaftar yang menawarkan program latihan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Bagaimana program latihan SIP dijalankan?

  • Lima hari latihan, dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Semua program dijalankan secara online
  • Kursus dijalankan dengan kekerapan sebulan sekali
  • Tarikh sebenar dimaklumkan selepas permohonan diterima
  • Peserta yang memenuhi keperluan penilaian menerima Pensijilan Profesional daripada Aspire Institute of People Learning and Development (AIPLD), UK

Apakah program latihan yang boleh dipilih?

  • IT for Office Applications
  • Bookkeeping & Accounting Support Services
  • Human Resource Support Services

Pilihan program dibuat dalam borang pra-permohonan.

Bagaimana memohon Manfaat Latihan SIP?

Lengkapkan borang pra-permohonan dengan punca dan tahun kehilangan pekerjaan, status caruman bekas majikan serta pilihan kursus. Pihak MITE akan menghubungi anda untuk penerangan lanjut. Kelayakan dan kelulusan akhir adalah di pihak PERKESO.

Soalan lazim

Apakah mod latihan yang tersedia?

Ketiga-tiga program dijalankan secara online selama lima hari, dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bilakah kursus dijalankan?

Kursus dijalankan dengan kekerapan sebulan sekali. Tarikh sebenar akan dimaklumkan selepas permohonan diterima.

Apakah maklumat yang diperlukan untuk pra-permohonan?

Punca dan tahun kehilangan pekerjaan, status caruman oleh bekas majikan, pilihan kursus, nama penuh dan nombor telefon WhatsApp.

Siapa yang membuat keputusan akhir kelayakan?

PERKESO. Borang di laman MITE ialah pra-permohonan untuk tindakan susulan dan bukan keputusan rasmi kelayakan Manfaat Latihan SIP.
WhatsApp Kami