Panduan Percuma

Ebook percuma · Siri 3

Baru hilang kerja?

Tukarkan Pengalaman Kerja Anda Kepada Sijil & Diploma Diiktiraf Kerajaan

Panduan lengkap Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Dapatkan SKM, DKM atau DLKM berdasarkan pengalaman kerja anda, tanpa kembali ke kelas sepenuh masa.

  • Panduan PPT 2026
  • Diiktiraf JPK
  • SKM, DKM & DLKM
  • Tanpa kelas sepenuh masa
Dapatkan Ebook Percuma

PDF 14 halaman · Terus ke emel anda

Kulit ebook Baru Hilang Kerja? Pengalaman Anda Bernilai. Tukarkan Kepada Sijil & Diploma Diiktiraf Kerajaan

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ialah laluan rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di Malaysia untuk menukar pengalaman kerja kepada Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia atau Diploma Lanjutan. Anda dinilai berdasarkan kerja yang sudah anda tahu dan buat, tanpa perlu kembali ke kelas sepenuh masa.

Anda tidak keseorangan

Hampir 80,000
pekerja di Malaysia kehilangan pekerjaan sejak awal 2026
Lebih separuh
ialah pengurus, profesional dan juruteknik
Sijil rasmi
menjadi pembeza bila ramai calon berpengalaman memohon jawatan yang sama

Sumber: Labour Market Exchange (LMX), PERKESO

Kenapa soalan "ada sijil?" selalu menyekat?

Anda mungkin sudah bekerja 5, 10, malah 20 tahun. Mahir, dan dipercayai majikan. Tetapi bila mula memohon jawatan baharu, soalan yang sama tetap muncul.

Pengalaman tanpa bukti

Kemahiran ada, pengalaman ada, tetapi tiada kertas yang membuktikannya.

Peluang beralih kepada orang lain

Jawatan diberikan kepada calon yang ada sijil, walaupun pengalaman mereka kurang.

Kerajaan menyediakan laluan rasmi untuk menyelesaikannya. Ia dipanggil PPT.

Isi kandungan

Apa yang ada dalam ebook ini?

Lapan perkara, semuanya berdasarkan Panduan Pelaksanaan PPT 2026 oleh JPK.

  1. 01Apa itu PPTDan siapa yang layak memohon
  2. 02Kenapa PPT berbaloiTerutamanya selepas hilang kerja
  3. 03Syarat umur dan pengalamanJadual lengkap bagi setiap tahap
  4. 04Bidang yang boleh dipohonLebih 2,000 standard kemahiran yang aktif
  5. 05Dua kaedah penilaianPortfolio atau amali, dan mana yang sesuai untuk anda
  6. 06Proses 5 langkahDari permohonan hingga mendapat sijil
  7. 07Pilihan kaedah bayaranTermasuk HRD Corp Claimable dan Pengeluaran Pendidikan KWSP Akaun 2
  8. 08Tips dan kesilapanYang perlu dielak supaya tidak gagal

Adakah anda mungkin layak untuk PPT?

  • Ada pengalaman kerja

    Dalam satu bidang, tetapi tiada sijil kemahiran

  • Perlukan bukti rasmi

    Untuk memohon kerja baharu dengan lebih yakin

  • Pernah bekerja sendiri

    Atau berniaga, dan ada bukti hasil kerja

  • Mahu naik tahap

    Contohnya dari SKM ke diploma

Umur minimum ialah 17 tahun untuk SKM, 21 tahun untuk DKM dan 23 tahun untuk DLKM. Syarat pengalaman penuh ada dalam ebook.

Adakah diploma melalui PPT sama taraf?

Ya. Sijil yang sama dikeluarkan oleh JPK; hanya kaedah penilaiannya yang berbeza. Ini contoh Diploma Kemahiran Malaysia yang diperoleh melalui PPT.

Contoh Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui kaedah PPT
  • Cepat

    Maksimum 3 bulan untuk SKM dan 6 bulan untuk DKM atau DLKM

  • Tiada kelas formal

    Masa anda kekal untuk mencari kerja atau menjana pendapatan

  • Diiktiraf kerajaan

    Dikeluarkan oleh JPK di bawah Akta 652

  • Tahap diploma

    DKM setaraf diploma dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)

Pengiktirafan untuk kerjaya dan pengajian lanjutan tertakluk kepada bidang yang diiktiraf JPK, NOSS berkaitan dan syarat institusi atau skim perkhidmatan masing-masing.

Lihat di dalam

Bagaimana rupa ebook ini?

Ringkas, bergambar dan mudah diikuti. Ini tiga daripada 14 halamannya.

  • Halaman yang menerangkan apa itu PPT dan tahap SKM hingga DLKM
  • Jadual syarat umur dan pengalaman kerja bagi setiap tahap
  • Proses lima langkah permohonan PPT
Dapatkan ebook penuh, percuma

Ditulis oleh

Marsyazalina Binti Md Arif

Marsyazalina Binti Md Arif

Pengarah Latihan, MITE

  • Pegawai Penilaian & Verifikasi (PPV) JPK
  • 5 tahun dalam bidang PPT
  • 300+ pekerja dibantu

Pegawai Penilaian dan Verifikasi yang dilantik oleh JPK. Sebelum menceburi bidang PPT, beliau lebih 10 tahun dalam pentadbiran korporat di Panasonic Manufacturing Malaysia, Telekom Malaysia, WRP Asia Pacific dan Perodua Sales, dan beliau sendiri memegang Diploma Kemahiran Malaysia melalui PPT.

“Ramai yang saya jumpa dah bertahun-tahun mahir, cuma tiada kertas yang membuktikannya. PPT ialah jalan supaya pengalaman itu diiktiraf.”

Soalan lazim

Percuma

Dapatkan ebook ini sekarang

Jawab beberapa soalan ringkas tentang situasi anda. Ebook boleh dimuat turun serta-merta dan pautannya turut dihantar ke emel anda.

Langkah 1 daripada 3

Kira-kira 2 minit

Tentang anda

Bidang pekerjaan terakhir anda?
Berapa lama pengalaman anda dalam bidang tersebut?
Ringkasan tugasan harian anda sebelum ini

Tulis secara ringkas tugas yang anda buat setiap hari. Lagi jelas, lagi tepat cadangan program PPT untuk anda.

Peringkat jawatan terakhir anda?

Maklumat anda digunakan untuk menghantar ebook dan tindakan susulan program. Lihat Polisi Privasi.

WhatsApp Kami