Untuk anda yang sedang mencari arah

Hilang Kerja? Dapatkan Sijil Yang Diiktiraf Untuk Kembali Bekerja

Kehilangan pekerjaan bukan penamat. Dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) yang diiktiraf Kerajaan dan industri, pengalaman kerja anda sebelum ini boleh ditukar menjadi kelayakan rasmi dalam tempoh yang singkat.

Peserta memegang Sijil Kemahiran Malaysia yang diperoleh melalui kaedah PPT

Jika ini situasi anda, anda berada di tempat yang betul

Syarat kelayakan

Adakah Anda Layak?

Pengalaman kerja

Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang pekerjaan berkaitan, bergantung kepada program yang dipilih.

Tiada SPM? Tiada masalah

PPT menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu anda, bukan kelayakan akademik. Anda tidak perlu mengikuti latihan formal.

Bidang yang bersesuaian

Program yang dipilih perlu sepadan dengan bidang pekerjaan sebenar anda. Hubungi kami jika anda tidak pasti yang mana satu.

Bagaimana ia berfungsi

Empat Langkah Dari Pengalaman Kerja Kepada Sijil

  1. 1

    Semakan kelayakan

    Kami semak pengalaman kerja anda dan cadangkan program yang paling hampir dengan bidang pekerjaan sebenar anda.

  2. 2

    Pendaftaran

    Selesai pendaftaran, JPK memberi tempoh maksimum 3 hingga 6 bulan untuk anda menyelesaikan proses Penilaian Keterampilan.

  3. 3

    Sesi bimbingan

    Sesi Bimbingan Persijilan PPT secara dalam talian atau bersemuka di Pusat Latihan MITE, Cyberjaya.

  4. 4

    Penilaian & persijilan

    Penilaian Keterampilan dijalankan, dan sijil dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

JPK membenarkan sehingga 3–6 bulan, tetapi kami mensasarkan anda menyelesaikan kesemuanya dalam tempoh satu bulan.

Kaedah penilaian

Dua Cara Anda Boleh Dinilai

Penilaian Portfolio

Untuk calon yang memiliki dan boleh mengemukakan bukti atau dokumen pengalaman yang mencukupi dalam bidang berkaitan. Penilaian dibuat berdasarkan dokumen bukti kompetensi yang disusun secara sistematik.

Penilaian Amali

Untuk calon yang tidak mempunyai bukti atau dokumen pengalaman yang mencukupi. Penilaian dibuat secara demonstrasi atau simulasi pekerjaan sebenar meliputi kemahiran, pengetahuan dan sikap mengikut standard pekerjaan.

Anda dinilai berpandukan kompetensi teras bidang pekerjaan dan program yang anda pilih. Sekiranya tidak berjaya, anda boleh mengulang penilaian dengan mendaftar semula — dan peranan kami adalah membimbing anda sehingga bersedia.

Yuran & pembiayaan

Bagaimana Anda Boleh Membiayainya

HRD Corp Claimable

Semua program kami didaftarkan di bawah HRD Corp Claimable Courses (SBL-Khas). Program juga boleh dijalankan secara In-House di syarikat anda sekiranya bilangan peserta mencukupi.

KWSP Akaun 2

Anda boleh menggunakan kemudahan Pengeluaran Pendidikan melalui Akaun 2 KWSP untuk membiayai yuran program.

Tajaan penuh untuk yang diberhentikan kerja

Bagi anda yang diberhentikan kerja, VSS atau MSS, tajaan penuh disediakan untuk mendapatkan SKM secara PPT dalam bidang pekerjaan terdahulu anda, meliputi keseluruhan yuran sepanjang program. Terma dan syarat kelayakan terpakai — hubungi kami untuk semakan.

Kenapa laluan ini sesuai untuk anda

Tempoh singkat

Program persijilan PPT kami dijalankan secara kelas intensif, bukan pengajian sepenuh masa bertahun-tahun.

Diiktiraf Kerajaan dan industri

SKM dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).

Boleh dibiayai

Yuran boleh dibiayai melalui HRD Corp Claimable dan Pengeluaran Pendidikan KWSP melalui Akaun 2.

7 program tersedia

Program SKM Tahap 3 untuk anda

Lihat semua program →
Tunjukkan 3 program lagi

Bertauliah, diiktiraf dan boleh dibiayai

  • Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  • HRD Corp Claimable
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pusat bertauliah JPK di bawah Akta 652. Yuran boleh dibiayai melalui HRD Corp Claimable dan Pengeluaran Pendidikan KWSP melalui Akaun 2.

Testimoni peserta program

Apa Kata Mereka Tentang Kualiti Program PPT Kami!

5.0 daripada 5 di Google· 341 ulasan disahkan

  • Ahmad Haidzir
    Facilities, facilitator, content semua sangat baik.. Alhamdulillah Tabarakallah MashaAllah 🤲
    dalam minggu lalu
  • ahmad fahmi
    Tq atas ilmunya!
    dalam minggu lalu
  • Cindy Tan
    Telah mengikuti 2 kursus dengan MITE. Mereka profesional, membantu & bermaklumat. Bimbingan dan sokongan yang hebat.
    2 minggu yang lalu
  • huawei nova7i
    Program yang menarik dan berstruktur dengan baik! Pengajar mempunyai pemahaman yang hebat tentang subjek ini dan memastikan kelas interaktif dari awal hingga akhir. Saya menghargai petua praktikal dan maklum balas membina yang diberikan semasa aktiviti kumpulan kami. Kursus pendek ini memberi saya keyakinan yang tinggi dan idea-idea baharu untuk kerjaya saya.
    2 minggu yang lalu

Baca semua 341 ulasan di Google

Soalan Lazim

Bersedia untuk mula?

Hubungi kami untuk semakan kelayakan percuma. Kami bantu anda tentukan program yang paling sesuai dengan pengalaman kerja anda.

WhatsApp Kami