Spesifikasi program
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 3) Perkhidmatan Sokongan Pra-Perancangan Kewangan PPT
Senarai kompetensi, kaedah penilaian dan laluan pembelajaran lanjutan bagi program SKM Tahap 3.
- Tahap
- SKM Tahap 3
- Kod NOSS
- K661-004-3:2025
- Tempoh
- 2 HARI KELAS INTENSIF
- Yuran program
- RM3,970
- Yuran JPK
- RM300
- Pengalaman minimum
- 3 tahun
Senarai Kompetensi Teras
Calon yang memohon Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dalam bidang Perkhidmatan Sokongan Pra-Perancangan Kewangan melalui kaedah PPT akan dinilai berdasarkan kecekapan dalam melaksanakan tugasan berkaitan aktiviti prospek pelanggan, penyelenggaraan pangkalan data perancangan kewangan, penyediaan profil risiko kewangan, penyediaan penyata aliran tunai serta penyata nilai bersih pelanggan, dan cadangan pelaksanaan kempen kesedaran perancangan kewangan.
Penilaian kompetensi menumpukan kepada kebolehan calon dalam mengurus maklumat kewangan, menganalisis kedudukan kewangan pelanggan, serta menyokong proses perancangan kewangan secara sistematik, teliti dan beretika.
Calon juga perlu menunjukkan kemahiran komunikasi, analisis data kewangan, pengurusan maklumat, penggunaan teknologi serta integriti dalam menjalankan tugasan sokongan pra-perancangan kewangan.
Conduct Prospecting Activities
Maintain Clients' Financial Planning Database
Prepare Clients’ Financial Risk Profiling
Prepare Client's Cash Flow Statement
Prepare Client’s Net Worth Statement
Propose Financial Planning Awareness Campaign
Kaedah Penilaian Keterampilan
Penilaian Portfolio atau Amali- Penilaian Portfolio bagi calon yang memiliki dan boleh mengemukakan bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
- Penilaian Amali bagi calon yang tidak mempunyai bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
Prospek Pembelajaran Lanjutan
- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pentadbiran Pra-Perancangan Kewangan [K661-004-4:2025]; atau
- Ijazah Sarjana Muda melalui APEL.A T6
Calon yang dianugerahkan SKM 3 Perkhidmatan Sokongan Pra-Perancangan Kewangan layak memohon bagi persijilan
Bersedia untuk mula, atau ingin semak kelayakan anda dahulu?
Daftar Minat