Spesifikasi program
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 3) Perakaunan
Senarai kompetensi, kaedah penilaian dan laluan pembelajaran lanjutan bagi program SKM Tahap 3.
- Tahap
- SKM Tahap 3
- Kod NOSS
- FB-100-3:2012
- Tempoh
- 2 HARI KELAS INTENSIF
- Yuran program
- RM4,500
- Yuran JPK
- RM300
- Pengalaman minimum
- 3 tahun
Senarai Kompetensi Teras
Calon yang memohon Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dalam bidang Perakaunan melalui kaedah PPT akan dinilai berdasarkan kecekapan dalam mengurus akaun belum bayar, akaun belum terima, penyediaan gaji, urusan tunai dan bank, rekod aset tetap serta penyediaan penyata kewangan bulanan.
Penilaian kompetensi menumpukan kepada kebolehan calon melaksanakan proses kewangan dan perakaunan secara sistematik, tepat dan mengikut piawaian yang ditetapkan.
Calon juga perlu menunjukkan kemahiran analisis angka, ketepatan dokumentasi, penggunaan teknologi perakaunan serta integriti dalam melaksanakan tanggungjawab kewangan organisasi.
Account Payable
Hantar **salinan slip gaji** 3 bulan terakhir yang menunjukkan anda mengendalikan akaun belum bayar, dan satu surat pengesahan majikan.
Account Receivable
Hantar contoh **penyata akaun belum terima** yang anda sediakan sendiri (tutup maklumat sulit pelanggan).
Payroll
Hantar bukti anda mengendalikan gaji pekerja: contoh penyata gaji yang anda sediakan, rekod KWSP/PERKESO, atau ringkasan payroll bulanan. Tutup nama dan nombor akaun pekerja lain.
Cash and Bank Transactions
Hantar contoh penyesuaian bank (bank reconciliation) yang anda sediakan, atau rekod terimaan dan bayaran tunai harian yang anda uruskan.
Property, Plant & Equipment (PPE) Register
Hantar salinan daftar aset tetap yang anda selenggara, termasuk pengiraan susut nilai jika ada.
Month End Financial Statement
Hantar satu set penyata kewangan bulanan yang anda sediakan: imbangan duga, penyata pendapatan, atau kunci kira-kira. Tutup angka sulit jika perlu.
Prospek Pembelajaran Lanjutan
- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Perakaunan [FB-100-4:2012]; atau
- Ijazah Sarjana Muda melalui APEL.A T6
Calon yang dianugerahkan SKM 3 Operasi Jualan & Pemasaran layak memohon bagi persijilan
Bersedia untuk mula, atau ingin semak kelayakan anda dahulu?
Daftar Minat