Spesifikasi program
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 3) Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia
Senarai kompetensi, kaedah penilaian dan laluan pembelajaran lanjutan bagi program SKM Tahap 3.
- Tahap
- SKM Tahap 3
- Kod NOSS
- FB-076-3:2013
- Tempoh
- 2 HARI KELAS INTENSIF
- Yuran program
- RM3,970
- Yuran JPK
- RM300
- Pengalaman minimum
- 3 tahun
Senarai Kompetensi Teras
Calon yang memohon Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dalam bidang Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia melalui kaedah PPT akan dinilai berdasarkan kecekapan dalam melaksanakan tugasan berkaitan pengurusan aktiviti penerimaan tetamu pejabat, pengendalian panggilan telefon, penyediaan kemudahan mesyuarat, pengurusan pemfailan HR, pengurusan perkhidmatan pos, penyelarasan perkhidmatan pejabat am serta pentadbiran pusat sumber HR.
Penilaian kompetensi menumpukan kepada kebolehan calon dalam menyokong operasi pejabat perundingan HR secara sistematik, berkesan dan profesional.
Calon juga perlu menunjukkan kemahiran komunikasi, organisasi, pengurusan masa serta integriti dalam melaksanakan tugas harian.
Consulting Office Reception Activities
Telephone Calls Handling
Meeting Facilities Preparation
HR Consulting Filing Management Assistance
Postal Service Arrangement
General Office Services Arrangement
HR Consulting Resource Centre Administration
Kaedah Penilaian Keterampilan
Penilaian Portfolio atau Amali- Penilaian Portfolio bagi calon yang memiliki dan boleh mengemukakan bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
- Penilaian Amali bagi calon yang tidak mempunyai bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
Prospek Pembelajaran Lanjutan
- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Kakitangan [FB-071-4:2013] ; atau
- Ijazah Sarjana Muda melalui APEL.A T6
Calon yang dianugerahkan SKM 3 Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia layak memohon bagi persijilan
Bersedia untuk mula, atau ingin semak kelayakan anda dahulu?
Daftar Minat