Spesifikasi program
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Kepimpinan Korporat
Senarai kompetensi, kaedah penilaian dan laluan pembelajaran lanjutan bagi program Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
- Tahap
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
- Kod NOSS
- FB-001-5:2012
- Tempoh
- 5 HARI KELAS INTENSIF
- Yuran program
- RM8,970
- Yuran JPK
- RM500
- Pengalaman minimum
- 7 tahun
Senarai Kompetensi Teras
Calon yang memohon Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang Kepimpinan Korporat melalui kaedah PPT akan dinilai berdasarkan kecekapan dalam merancang dan memimpin organisasi ke arah pencapaian visi, misi dan matlamat strategik.
Penilaian meliputi keupayaan calon dalam mengurus tadbir korporat, membangunkan strategi perniagaan, melaksanakan pengurusan teknologi dan pemasaran global serta memimpin barisan pengurusan tertinggi dengan beretika dan profesional.
Calon juga dinilai dari segi keupayaan membuat keputusan strategik, menyelesaikan konflik, berkomunikasi dengan berkesan serta memacu inovasi dan transformasi organisasi.
Pengurusan Strategik Korporat
Pengurusan Tadbir Urus Korporat
Pengurusan Hal Ehwal dan Komunikasi Korporat
Pengurusan Teknologi
Pengurusan Pemasaran Global
Pengurusan Kewangan dan Perakaunan
Pengurusan Logistik
C-Level Executive Development
Kaedah Penilaian Keterampilan
Penilaian Portfolio atau Amali- Penilaian Portfolio bagi calon yang memiliki dan boleh mengemukakan bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
- Penilaian Amali bagi calon yang tidak mempunyai bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
Prospek Pembelajaran Lanjutan
- Ijazah Sarjana melalui APEL.A T7 (Master)
Calon yang dianugerahkan DLKM Kepimpinan Korporat layak memohon bagi persijilan
Bersedia untuk mula, atau ingin semak kelayakan anda dahulu?
Daftar Minat