Spesifikasi program

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengajaran Prasekolah

Senarai kompetensi, kaedah penilaian dan laluan pembelajaran lanjutan bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Tahap
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Kod NOSS
P851-002-4:2025
Tempoh
4 HARI KELAS INTENSIF
Yuran program
RM8,970
Yuran JPK
RM500
Pengalaman minimum
5 tahun

Senarai Kompetensi Teras

Calon yang memohon Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Pengajaran Prasekolah melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) akan dinilai berdasarkan kecekapan dalam merancang, melaksanakan dan mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah secara menyeluruh.

Penilaian kompetensi memberi tumpuan kepada aspek pelaksanaan rutin harian kanak-kanak, perancangan dan pelaksanaan aktiviti PdP prasekolah, pengurusan persekitaran bilik darjah, pembangunan dan pentaksiran perkembangan murid, serta pengendalian aktiviti libat urus ibu bapa dan komuniti.

Calon juga perlu menunjukkan keupayaan membuat pertimbangan profesional dalam situasi pembelajaran kanak-kanak, mengurus operasi harian prasekolah, melaksanakan amalan pengajaran yang selamat dan berkesan, serta menyokong perkembangan holistik kanak-kanak selaras dengan keperluan institusi dan standard pendidikan prasekolah.

  • Melaksanakan aktiviti rutin harian

  • Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah

  • Mengurus persekitaran bilik darjah prasekolah

  • Membangunkan pentaksiran murid

  • Mengendalikan aktiviti libat urus ibu bapa dan komuniti

Kaedah Penilaian Keterampilan

Penilaian Portfolio atau Amali
  • Penilaian Portfolio bagi calon yang memiliki dan boleh mengemukakan bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
  • Penilaian Amali bagi calon yang tidak mempunyai bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.

Prospek Pembelajaran Lanjutan

  • Ijazah Sarjana melalui APEL.A T7 (Master)

Calon yang dianugerahkan DKM Pengajaran Prasekolah layak memohon bagi untuk menyambung pembelajaran pada peringkat

Bersedia untuk mula, atau ingin semak kelayakan anda dahulu?

Daftar Minat

© 2026 Malaysian Institute of TVET Educators (MITE). No. Pendaftaran 202459502430. Ini bukan portal rasmi Kerajaan Malaysia.

WhatsApp Kami