Spesifikasi program

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Pentadbiran

Senarai kompetensi, kaedah penilaian dan laluan pembelajaran lanjutan bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Tahap
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Kod NOSS
FB-025-4:2012
Tempoh
4 HARI KELAS INTENSIF
Yuran program
RM5,970
Yuran JPK
RM500
Pengalaman minimum
5 tahun

Senarai Kompetensi Teras

Calon yang memohon Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Pengurusan Pentadbiran melalui kaedah PPT akan dinilai berdasarkan kecekapan dalam melaksanakan tugasan-tugasan utama yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran pejabat secara profesional, berkesan dan sistematik.

Kompetensi yang dinilai meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dalam mengurus operasi harian pejabat, sumber manusia, aset dan inventori, vendor, polisi, projek khas serta penilaian prestasi staf.

Penilaian turut mengambil kira keupayaan calon untuk membuat keputusan yang tepat, melaksanakan tugas secara berdikari, menjaga kerahsiaan maklumat dan memimpin pasukan kecil.

  • Pengurusan Pembangunan Staf Pentadbiran

  • Pengurusan Aset & Kemudahan

  • Pengurusan Inventori

  • Pentadbiran Vendor

  • Pentadbiran Polisi

  • Pentadbiran Projek Khas

  • Penilaian Prestasi Pekerja

  • Pentadbiran Am Sumber Manusia

Kaedah Penilaian Keterampilan

Penilaian Portfolio atau Amali
  • Penilaian Portfolio bagi calon yang memiliki dan boleh mengemukakan bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
  • Penilaian Amali bagi calon yang tidak mempunyai bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.

Prospek Pembelajaran Lanjutan

  • Ijazah Sarjana melalui APEL.A T7 (Master)

Calon yang dianugerahkan DKM Pengurusan Pentadbiran layak memohon bagi untuk menyambung pembelajaran pada peringkat

Bersedia untuk mula, atau ingin semak kelayakan anda dahulu?

Daftar Minat

© 2026 Malaysian Institute of TVET Educators (MITE). No. Pendaftaran 202459502430. Ini bukan portal rasmi Kerajaan Malaysia.

WhatsApp Kami