Spesifikasi program
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Keusahawanan Kecil & Sederhana
Senarai kompetensi, kaedah penilaian dan laluan pembelajaran lanjutan bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
- Tahap
- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
- Kod NOSS
- FB-022-4:2012
- Tempoh
- 3 HARI KELAS INTENSIF
- Yuran program
- RM5,970
- Yuran JPK
- RM500
- Pengalaman minimum
- 5 tahun
Senarai Kompetensi Teras
Calon yang memohon Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Pengurusan Keusahawanan Kecil & Sederhana melalui kaedah PPT akan dinilai berdasarkan kecekapan dalam merancang, mengurus dan melaksanakan operasi perniagaan secara holistik.
Penilaian menumpukan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan korporat, operasi harian, pengurusan produk atau perkhidmatan, pemasaran, kewangan, perakaunan, logistik, sumber manusia dan pengurusan projek.
Calon perlu menunjukkan kebolehan membuat keputusan strategik, memimpin pasukan, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah.
Pengurusan Hal Ehwal Korporat
Pentadbiran Operasi Perniagaan
Pengurusan Produk/Perkhidmatan
Pengurusan Jualan dan Pemasaran
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Perakaunan
Pengurusan Logistik
Pengurusan Pekerja
Pengurusan Projek
Kaedah Penilaian Keterampilan
Penilaian Portfolio atau Amali- Penilaian Portfolio bagi calon yang memiliki dan boleh mengemukakan bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
- Penilaian Amali bagi calon yang tidak mempunyai bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
Prospek Pembelajaran Lanjutan
- Ijazah Sarjana melalui APEL.A T7 (Master)
Calon yang dianugerahkan DKM Pengurusan Keusahawanan Kecil & Sederhana layak memohon bagi untuk menyambung pembelajaran pada peringkat
Bersedia untuk mula, atau ingin semak kelayakan anda dahulu?
Daftar Minat