Spesifikasi program

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Kakitangan

Senarai kompetensi, kaedah penilaian dan laluan pembelajaran lanjutan bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Tahap
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Kod NOSS
FB-071-4:2013
Tempoh
4 HARI KELAS INTENSIF
Yuran program
RM7,970
Yuran JPK
RM500
Pengalaman minimum
5 tahun

Senarai Kompetensi Teras

Calon yang memohon Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Pengurusan Kakitangan melalui kaedah PPT akan dinilai berdasarkan kecekapan dalam melaksanakan tugas-tugas sokongan dalam pengurusan sumber manusia merangkumi perancangan, pengambilan, pemilihan, penempatan, kontrak pekerja dan pengurusan pemisahan.

Penilaian kompentensi memberi tumpuan kepada keupayaan calon dalam melaksanakan proses pengurusan sumber manusia secara sistematik, beretika dan selaras dengan dasar serta perundangan yang ditetapkan.

Calon juga perlu menunjukkan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan, menyelenggara dokumen dan rekod pekerja, serta memahami kepentingan hubungan majikan-pekerja dalam memastikan keharmonian organisasi.

  • Perancangan Sumber Manusia

  • Pengurusan Pengambilan Pekerja

  • Pengurusan Pemilihan Pekerja

  • Pengurusan Pengambilan & Penempatan Pekerja

  • Pengurusan Kontrak Pekerjaan

  • Pengurusan Penamatan Perkhidmatan

Kaedah Penilaian Keterampilan

Penilaian Portfolio atau Amali
  • Penilaian Portfolio bagi calon yang memiliki dan boleh mengemukakan bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
  • Penilaian Amali bagi calon yang tidak mempunyai bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.

Prospek Pembelajaran Lanjutan

  • Ijazah Sarjana melalui APEL.A T7 (Master)

Calon yang dianugerahkan DKM Pengurusan Kakitangan layak memohon bagi untuk menyambung pembelajaran pada peringkat

Bersedia untuk mula, atau ingin semak kelayakan anda dahulu?

Daftar Minat

© 2026 Malaysian Institute of TVET Educators (MITE). No. Pendaftaran 202459502430. Ini bukan portal rasmi Kerajaan Malaysia.

WhatsApp Kami