Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Inovasi & Pembangunan Rekabentuk Produk

Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam penjanaan idea kreatif, pembangunan konsep inovasi, perancangan produk dan model prototaip produk inovasi.

  • RM6,970
  • 3 HARI KELAS INTENSIF
  • HRD Corp & KWSP Akaun 2

Semakan kelayakan percuma. Tiada bayaran pada peringkat ini.

Kenapa ini penting

Jom Tukar Pengalaman Kerja Anda Kepada Diploma Yang Diiktiraf Kerajaan Dalam Tempoh 3 Bulan Sahaja

Pengalaman kerja anda sangat bernilai. Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), pengalaman dan kemahiran yang anda telah bina diiktiraf secara rasmi, membuka laluan kepada peluang kerjaya yang lebih luas

Apa yang anda dapat

Mengapa Program Ini Sesuai Untuk Anda

Pengalaman anda yang dinilai, bukan peperiksaan

Penilaian PPT berasaskan portfolio pengalaman kerja dan pencapaian terdahulu anda mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Diploma yang diiktiraf Kerajaan

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan terkandung dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Laluan untuk sambung belajar

DKM membuka peluang anda melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, termasuk Diploma Lanjutan (DLKM).

Syarat kelayakan

Adakah Anda Layak Memohon?

Pengalaman kerja — 5 tahun

Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam penjanaan idea kreatif, pembangunan konsep inovasi, perancangan produk dan model prototaip produk inovasi.

Tiada SPM? Tiada masalah

PPT menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu anda, bukan kelayakan akademik. Anda tidak perlu mengikuti latihan formal.

Butiran program

Apa Yang Dinilai Dan Bagaimana

Kompetensi teras

  • Menjana Idea Kreatif & Inovatif
  • Konseptualisasi Inovasi
  • Pembangunan Model Kerja Produk Inovasi
  • Perancangan Produk Inovasi

Logistik

Tempoh
3 HARI KELAS INTENSIF
Yuran program
RM6,970
Yuran JPK
RM500
Kaedah penilaian
Penilaian Portfolio atau Amali
Kod NOSS
MC-095-4:2016
Lokasi
Dalam talian atau di Pusat Latihan MITE, Cyberjaya

Lihat spesifikasi penuh — senarai kompetensi terperinci, kaedah penilaian dan laluan pembelajaran lanjutan.

Sasaran peserta

Program Ini Untuk Anda Jika

Program persijilan DKM-PPT bidang kemahiran ini sesuai untuk:

Testimoni peserta program

Apa Kata Mereka Tentang Kualiti Program PPT Kami!

5.0 daripada 5 di Google· 341 ulasan disahkan

  • Ahmad Haidzir
    Facilities, facilitator, content semua sangat baik.. Alhamdulillah Tabarakallah MashaAllah 🤲
    dalam minggu lalu
  • ahmad fahmi
    Tq atas ilmunya!
    dalam minggu lalu
  • Cindy Tan
    Telah mengikuti 2 kursus dengan MITE. Mereka profesional, membantu & bermaklumat. Bimbingan dan sokongan yang hebat.
    2 minggu yang lalu
  • huawei nova7i
    Program yang menarik dan berstruktur dengan baik! Pengajar mempunyai pemahaman yang hebat tentang subjek ini dan memastikan kelas interaktif dari awal hingga akhir. Saya menghargai petua praktikal dan maklum balas membina yang diberikan semasa aktiviti kumpulan kami. Kursus pendek ini memberi saya keyakinan yang tinggi dan idea-idea baharu untuk kerjaya saya.
    2 minggu yang lalu

Baca semua 341 ulasan di Google

Daftar minat

Mohon Semakan Kelayakan Percuma

Jawab beberapa soalan ringkas dan kami sahkan sama ada anda memenuhi syarat program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Inovasi & Pembangunan Rekabentuk Produk.

Semak kelayakan anda dahulu

Semakan ringkas untuk program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Inovasi & Pembangunan Rekabentuk Produk. Jawapan anda dihantar bersama permohonan supaya pegawai kami boleh menyemak dengan tepat.

16 soalan ringkas. Tiada bayaran pada peringkat ini.

Sila hubungi kami 016-938 7308 (En. Aizuddin) untuk maklumat lanjut tentang program atau klik butang WhatsApp di bawah.

© 2026 Malaysian Institute of TVET Educators (MITE). No. Pendaftaran 202459502430. Ini bukan portal rasmi Kerajaan Malaysia.

WhatsApp Kami